Nov 17, 2011

Final Exam Started !


p/s : gambar pada sem 2. hehe.

16 November 2011, Rabu, final exam aku da start. Paper hari ini yakni 1st paper, BA 301 : ENGINEERING MATHEMATICS 3 telah selamat diambil oleh pelajar pelajar engineering seluruh politenik. Mungkin ada pelbagai reaksi daripada pelajar pelajar. Reaksi gembira, sedih, kecewa, tidak berpuas hati dan 1001 bagai reaksi.

Reaksi tersebut dapat aku tengok pabila mereka semua update status di muka buku. Tidak terkecuali aku. Bagi aku, not bad lar. Cuma aku rasa terlampau tak cukup masa. Dan soalan high level. Tapi, biarkan je lar. Benda dah lepas kan. Better aku fokus kan kat paper paper seterusnya. Paper yang bakal menjengah Rabu dan Khamis depan, TELEPHONY, FUNDAMENTAL SYSTEM COMMUNICATION dan ELECTRONIC CIRCUITS.

Semoga aku dan semua pelajar yang sedang menduduki atau bakal menduduki final exam dapat jawab dengan jaya dan tenang. Good luck alls ;)


Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi ;)

0 mendoakan Rashidah berjaya: